Kenapa aku cakap facebook ni bosan?
1. Ada orang yang suka tag gambar dia atau gambar yang takde
kena-mengena langsung dengan orang yang dia tag tu. Rimas betul bila asyik
dapat notification yang takde kena mengena dengan kita. Dan yang pasti, email
akan penuh dengan komen-komen tersebut.
2. Asyik asyik baca status sakit hati , kutuk mengutuk, dan
macam-macam lagi status yang membosankan dan geli geleman. Takkan la setiap
saat dan setiap benda nak update kat facebook. Sampai satu tahap orang lain
yang baca status dia pun dah naik loya.
3. Kalau perempuan, lebih-lebih lagi kalau awek comel,
online je berlambak-lambak orang nak chatting dengan dia. Mestilah awek tu
bosan sebab selalu kena kacau dengan lelaki yang tak kenal kan. Lelaki pulak
sebab bosan kerana awek comel tu tak layan dia. Dah 100 kali hantar mesej
"hai awak, duk buat apa tu" tapi satu pun tak dijawab..hahaha

No comments:
Post a Comment