29 Oct 2014

AKU & BLOG


Aku bukannya blogger tegar....bukannya buat blog untuk mengejar glamour.....mengejar income Nuffnang....aku buat blog ni secara tak sengaja.....saje2 buat sebab aku perlukan tempat untuk share sesuatu yang berguna dengan orang lain....share dengan diri sendiri (ada ke kongsi dengan diri sendiri...lantakkkk!)....yang aku boleh baca sampai mati hoho gitu :D.....kalau nak taip dan save dalam laptop, pendrive, hardisk, cd, dan sebagainya....lama-lama boleh hilang atau rosak....kalau nak print atas kertas lama-lama kuning kertas tu hehe....so jalan terbaik ialah guna blog nak baca pun sedap je mata memandang...

Ok contohnya kalau aku tau sebarang maklumat so aku terus update kat blog.....atau ada apa-apa yang best untuk rujukan aku sendiri pun aku update kat blog so that senang aku nak refer lepas tu....kalau nak harapkan simpan entah mana-mana kan...setahun boleh la kot lepas tu ada kebarangkalian untuk aku lupa hahaha (makan semut banyak ni)....

Sebab tu kalau korang tengok aku update blog ikut suka hati aku....ada idea dan cerita baru la aku tekan new post dan ketupketapketupketap menaip....kadang-kadang sampai berhabuk blog...kadang-kadang boleh katakan setiap hari aku update meriah je nampak kan.....ye la bukannya mudah nak update blog kalau takde idea....hasilnya akan jadi merapu meraban.....so aku tak payah nak perah otak nak fikir cerita dan cari idea apa nak update....aku rileks je kalau ada baru update cepat-cepat tak boleh tunggu dah takut hilang....senang kan hehe....tapi lain orang lain cara dia...

Pasal penerimaan orang aku jenis tak kisah....sebab aku update blog bukannya ok wajib untuk setiap post tu ramai orang baca....kalau rasa suka boleh baca...kalau tak suka tak payah baca...simple kan hehe....so berbalik kepada asal aku bukannya menulis untuk mengejar glamour atau mengejar trafik....atau mengumpul follower......ia lebih kepada perkongsian bagi mereka yang suka sahaja dan untuk rujukan diri sendiri....




No comments:

Post a Comment