Majoriti penduduk di Malaysia, garaj kat rumah mereka kecil
dah penuh dengan barang- barang, bila parking kereta di situ jadi sempit
ruang.. Atau pemilik mempunyai dua tiga biji kereta mana muat nak masuk dalam
satu garaj.. Atau mereka malas nak pusing kereta masukan dalam garaj, pastu
esok pagi nak reverse keluar Atau rumah mereka memang tak ada garaj
berbumbung.. Nak buat macam mana kalau dudok rumah flat... Jadi kereta mereka
semua terdedah dengan embun pagi, hujan dan panas...
Ini teori aku, tak taulah teori yang aku guna nih salah atau
betol. Kalau salah tolong betolkan..Mengikot Mitos yang kita selalu dengar jika
kereta kita terdedah pada faktor semulajadi pancaran matahari, hujan dan embun
pagi akan meninggalkan kesan jangka masa panjang menyebabkan cat pudar dan
boleh menyebabkan body karat.
Jika kita duduk di kawasan Bandar atau di kawasan
perindustrian perlepasan sisa gas sulfur dioksida yang dilepaskan ke udara
membentuk satu pencemaran.. Gas sulfur dioksida akan bergabung dengan wap air (
embun pagi ) atau air hujan akan membentuk asid sulfurus dan asid sulfurik.
Bahan terampai diudara ini akan membentuk hujan asid..Asid
yang terhasil ini akan meluntur dan menghakiskan cat dan mempercepatkan proses
pengaratan pada kereta..Dalam keadaan suhu yang tinggi ( cuaca panas ) pula
akan mempercepatkan tindak balas bahan kimia dan kadar pengaratan body kereta
tersebut lebih cepat..
Secara amnya, air hujan atau embun pagi dengan pH kurang
dari 5.6 dianggap berasid.
Jika Sampel air hujan pada pH 4.2 sahaja pun, jika dialirkan
ke atas kepingan besi (ferum-Fe) Air hujan yang berasid menghasilkan proton
tambahan dan memberikan besi cas positif.
4Fe(s) + 2O2(g) + 8 (aq) -> 4Fe2+ (aq) + 4H2O(l)
Bila besi berindak balas dengan lebih banyak oksigen, ia
kemudiannya meninggalkan kesan keatas kepingan besi tersebut membentuk oksida
besi (karat)
4Fe2+ + (aq) + O2(g) + 4H2O(l) -> 2Fe2O3(s) + 8H+ + (aq)
kesan jangka masa panjang menyebabkan body karat terutama
pada bahagian bumbung kereta bonet, pintu atau body kereta menyebabkan
kecacatan kepada kenderaan anda.Karat yang teruk akan menyebabkan body kereta
berlubang kebocoran. Jika kerosakan karat yang serius biasanya karat tersebut
telah merebak hingga ke bahagian tulang body kereta...kosnya membaikinya agak
mahal...
Siram Body kereta setiap pagi..
Setiap pagi sebelum start kereta nak pergi kerja tu....curah
air paip kat seluruh kereta.atau siramkan body kereta dengan air bagi membuang
embun-embun yang melekat, terutama di atas bahagian bumbung. ini kira dah
memadai dahh...
Siram Cermin Kereta setiap pagi..
Kalau cermin kereta korang macam berembun, berkabus ajerr
setiap pagi .. Siramkan pada bahagian cermin hadapan untuk menghilangkan kesan
cermin berkabus kesan pemeluwapan yang menghalang pandangan mata sebelum
memulakan pemanduan.. Pasang aircond dan hala ke cermin tu...Buka cermin sikit
ajerr...so akan hilang kabus tu... cermin jadi berkabus sebab udara kat luar
sama sejuk atau lagi sejuk daripada udara kat dalam kereta.
Cucilah Kereta korang ye..
Yang penting ialah mencuci kereta dengan kerap kerana ia
boleh menghindarkan kesan kotoran dan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan
kereta daripada terlekat habuk, terutama yang boleh menyebabkan karat.
Wax Kereta korang selalu
Cuba korang Wax kereta korang pada hujung minggu atau
sebulan sekali luangkan masa sikit... kerana wax dapat memberikan perlindungan
kepada lapisan cat dan body kereta korang.. Selain tu membersihkan kotoran dan
pencemaran ianya memberikan perlindungan terhadap serapan air terus kebody (air
embun dan hujan) dan pancaran matahari.. Pilih wax macam silicon plak untuk
menjaga permukaan cat daripada calar calar halus, hujan dan embun..
Sebenarnya nampak beza kalau kereta yang selalu di wax
dengan yang tak di wax langsung.. kotoran macam lumpur.. senang nak hilang
sebab dia melekat pada permukaan yang licin.. kalau time hujan atau embun pagi
pun.. Sangat senang dibersihkan..
Pasang Canvas Car Cover
Misal kata kalau kita tak ada garaj kereta misalnya yang
tinggal di rumah flat.. kalau kita nak tinggalkan kereta agak lama, kita boleh
bungkus pakai canvas car cover.. Ada jual kat kedai aksesori tak berapa mahal
pun harganya.. cuma rajin tak rajin ajer korang nak bungkus selubung kereta
tu...
Kalau manusia pun terkena hujan dan panas pun boleh demam
... ini kan pula kereta.... Ambil berat pada langkah-langkah penjagaan dan
perlindungan kereta supaya kereta korang lebih tahan lama ... Kalau kereta
sentiasa bersih pun hati senang melihat kereta bersih, berkilau dan berseri..

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment